🌏 Jelajah Asia

Itinerari Indonesia

Itinerari Bali 5 Hari 4 Malam β€” Ubud, Nusa Penida & Uluwatu

Oleh Fariz Izhan Β· 26 Julai 2026

Bali bukan sekadar pantai β€” sawah hijau Ubud, tebing Uluwatu dan pulau Nusa Penida semuanya boleh dimuatkan dalam 5 hari tanpa rasa dikejar. Ini susunan yang kami syorkan, dengan slot makan halal setiap hari.

Hari 1: Sampai & Sunset Seminyak

Hari 2: Ubud Sepenuh Hari

Hari 3: Day Trip Nusa Penida

Hari 4: Uluwatu & Jimbaran

Hari 5: Souvenir & Balik

Tips Penting

  1. Duit: RM1 β‰ˆ Rp3,500 (semak kadar semasa). Bawa tunai kecil untuk warung dan tempat masuk.
  2. Pakaian: Kain sarung diperlukan masuk kawasan pura β€” biasanya disediakan percuma di pintu.
  3. Solat: Bali majoriti Hindu tapi masjid ada di Denpasar, Kuta dan sekitar airport; hotel biasanya okay dengan permintaan arah kiblat.
  4. Musim: April–Oktober musim kering β€” terbaik untuk Nusa Penida (laut tenang).

Belum kira bajet lagi? Baca Berapa Kos ke Bali untuk pecahan penuh dalam RM, dan panduan makanan halal di Bali sebelum pergi.

Soalan Lazim

Cukupkah 5 hari 4 malam di Bali?

Cukup untuk kombinasi Ubud + Nusa Penida + Uluwatu + pantai. Kalau nak tambah Kintamani (sunrise Gunung Batur) atau Munduk (air terjun), jadikan 6-7 hari.

Perlu sewa kereta dengan pemandu ke, atau boleh Grab sahaja?

Untuk hari jauh (Ubud, Nusa Penida, Uluwatu), kereta dengan pemandu (Β± RM150–RM250 sehari) paling berbaloi β€” jalan Bali sempit dan sesak. Grab/Gojek okay untuk jarak dekat sekitar Seminyak/Kuta sahaja.

Nusa Penida day trip penat sangat ke?

Ya, ia hari paling panjang β€” bertolak awal pagi, speedboat 45 minit, jalan darat bergelombang. Tapi Kelingking Beach memang sekali seumur hidup punya view. Pilih pakej day trip yang masuk 3-4 spot sahaja, jangan tamak.

Baca Juga